mengisi Masa LaPanG..


Aku dapat kerja di star archery di genting higland bersama rakan aku mazhan sama tempat belajar tetapi kami jarang jumpa kerana tempat cawangan berbeza.haha.aku kerja di sa4 di outudoor theme park..pada mulanya aku pelajari tentang setiap peralatan dan prinsip melyan pelanggan..belajar pemasangan bow,string,buat tali baru,baik pulih fleches,point,dan buang shaft yang dah patah.

Pada musim cuiti sekolah dan cuti singapore aku kerja pada pukul 8pg hingga 6 petang.Tetapi kadang2 ada kerja full time pada 8 hingga 10 malam..lepas dari 26 hb kerja mcm biasa dari pukul 11 pagi hingga 7 malam dan hari minggu pukul 11 pg hingga 8 mlm.di genting mempunyai 3 cawangan archery iaitu di sa4 outdoor bersebelhan dengan space shot,di indoor ada 2 iaitu sa2 berdekatan dengan rock climbing yang sudah dibuka kembali dan sa1 berdekatan dengan kedai diadora kena guna lif turun dan tanggga.if siapa2 berminat nak main di archery cuma rm9 untuk 12 arrow untuk permulaan.ada pakej2 yanglain ditawarkan.ada untuk 1-2 orang rm 16 untuk 24 arrow save rm2,ada 1-2 orang rm24 dapat 44 arrow,ada 1-3 orang rm36 untuk 68 arrow,ada 1-4 orang cuma rm65 untuk 148 arrow dan untuk 1-10 orang pakej rm99 untuk 250 arow.

Starz archery juga mempunyai cawangan di times square berdekatan dengan puduraya and sunway but harga sana mahal sedikit je..cara nak beljar juga senang sahaja kerana nak aim cuma lihat pada shaft dan point arrow mesti berdekatan dengan mata dan arahnya ke target yang kita mahu dan lepaskanyya.caranya cuma stand pada posisi mengiring mengadap target dan kaki haruslah dibuka selari luas paras bahu.dan pegang tempat pemegang di bow dan masukkan arrow.3 jari di bawah arrow dan tangan yang memegangnya haruslah tegak mengadap target dan menarik string iaitu tali sehingga point arrow betul2 berada di depan mata dan aim selam beberapa saat.apabila dah dapat target baru melepaskannnya..Di star archery sini mempunyai 2jenis bow.ada untuk orang dewasa dan kanak2.sesuai untk semua golongan. Disamping itu juga dapat mempeljari bahasa2 lain dengan pelancong asing.

pratical time


pratikal...


Masa dah berlalu dengan pantas..macam2 dah buat.pada mulanya hanya mohon di sekolah sukan bandar penawar tetapi rezeki ke institut sukan negara. Pengalaman baru didapati disana di mana aku mempelajari setiap kegunaan mesin dan senaman yang mengunakkan fizikal mahupun menggunakn mesin di gym sana.Aku juga mempelajri physical,condiotining,psychology dan nutriention..
aku juga mempelajari membuat jadual latihan bebanan untuk sesuatu pasukan mahupun seorang atlit. Perkara yang penting adalah core iaitu teras badan dan diiringi dengan upper body dan lower body melengkapkan sesuatu latihan bebanan itu. Latihan bebanan dimulakan dengan upper body dan seterusya lower body dan dilakukan secara selang seli. Khir sekali adalah core muscle iaitu teras badan di perut. Kebiasannya permulaan seorang atlit untuk melakukan latihan bebanan dengan memberi latihan stesen ke stesen untuk menyesuaikan anggota badan dengan bebanan yang akan dipikul nanti. Hal ini memakan masa selama 1 minggu ke 2 minggu untuk menyesuaikannya.
disamping itu setelah menyesuaikan, baru boleh masuk ke gim dan melakukan latihan bebanan. untuk permulaan iaitu AA phase iaitu anotomical adptation phase untuk permulaan. kebiasaanya dimulakan dengan 8 repetition x 3 sets. kemudian dari minggu ke minggu bebanan akan meningkat dan set makin berkurang.
physical fitness pula mengajar aku membuat test untuk spefikasi seperti test untuk kelajuan, ketangkasan, keseimbangan dan sebagainya. aku mempelajari physical fitness terbahagi kepada dua iaitu kemampuan fizikal( health related physical fitness) dan kemahiran fizikal( skill related physical fitness).. health related physical fitness mengandungi beberapa aspek iaitu cardiorespitory fitness,muscular endurance, muscular strength, flexibility and body composition. Skill related physical fitness terbhagi kepada bebrapa aspek iaitu power, speed, agility, balance, coordination and reaction time.
psychology pula aku mempelajari unutuk mengira doms and poms iaitu menilai prestasi seseorang atlet dan mood mereka. Dari situ kita dapat mengenal pasti upaya mereka kerana mood memainkan peranan penting untuk memberi mereka keyakinan samada sebelum, semasa dan selepas aktiviti yang dilakukan mereka.
Nutrition pula mempeljari tentang cara pemakanan yang betul dan sihat mengikut rutin mereka untuk memberi tenaga dan tumbesaran mereka dengan lebih baik. Selain itu mempelajari test untuk urine air kncing. tets itu boleh mengesan seseorang individu samada kurang air atau cukup air di dalam badan. hal ini untuk mengelakkan dari hydration iaitu masalah kekurangan air di dalam badan..