mengisi Masa LaPanG..


Aku dapat kerja di star archery di genting higland bersama rakan aku mazhan sama tempat belajar tetapi kami jarang jumpa kerana tempat cawangan berbeza.haha.aku kerja di sa4 di outudoor theme park..pada mulanya aku pelajari tentang setiap peralatan dan prinsip melyan pelanggan..belajar pemasangan bow,string,buat tali baru,baik pulih fleches,point,dan buang shaft yang dah patah.

Pada musim cuiti sekolah dan cuti singapore aku kerja pada pukul 8pg hingga 6 petang.Tetapi kadang2 ada kerja full time pada 8 hingga 10 malam..lepas dari 26 hb kerja mcm biasa dari pukul 11 pagi hingga 7 malam dan hari minggu pukul 11 pg hingga 8 mlm.di genting mempunyai 3 cawangan archery iaitu di sa4 outdoor bersebelhan dengan space shot,di indoor ada 2 iaitu sa2 berdekatan dengan rock climbing yang sudah dibuka kembali dan sa1 berdekatan dengan kedai diadora kena guna lif turun dan tanggga.if siapa2 berminat nak main di archery cuma rm9 untuk 12 arrow untuk permulaan.ada pakej2 yanglain ditawarkan.ada untuk 1-2 orang rm 16 untuk 24 arrow save rm2,ada 1-2 orang rm24 dapat 44 arrow,ada 1-3 orang rm36 untuk 68 arrow,ada 1-4 orang cuma rm65 untuk 148 arrow dan untuk 1-10 orang pakej rm99 untuk 250 arow.

Starz archery juga mempunyai cawangan di times square berdekatan dengan puduraya and sunway but harga sana mahal sedikit je..cara nak beljar juga senang sahaja kerana nak aim cuma lihat pada shaft dan point arrow mesti berdekatan dengan mata dan arahnya ke target yang kita mahu dan lepaskanyya.caranya cuma stand pada posisi mengiring mengadap target dan kaki haruslah dibuka selari luas paras bahu.dan pegang tempat pemegang di bow dan masukkan arrow.3 jari di bawah arrow dan tangan yang memegangnya haruslah tegak mengadap target dan menarik string iaitu tali sehingga point arrow betul2 berada di depan mata dan aim selam beberapa saat.apabila dah dapat target baru melepaskannnya..Di star archery sini mempunyai 2jenis bow.ada untuk orang dewasa dan kanak2.sesuai untk semua golongan. Disamping itu juga dapat mempeljari bahasa2 lain dengan pelancong asing.

pratical time


pratikal...


Masa dah berlalu dengan pantas..macam2 dah buat.pada mulanya hanya mohon di sekolah sukan bandar penawar tetapi rezeki ke institut sukan negara. Pengalaman baru didapati disana di mana aku mempelajari setiap kegunaan mesin dan senaman yang mengunakkan fizikal mahupun menggunakn mesin di gym sana.Aku juga mempelajri physical,condiotining,psychology dan nutriention..
aku juga mempelajari membuat jadual latihan bebanan untuk sesuatu pasukan mahupun seorang atlit. Perkara yang penting adalah core iaitu teras badan dan diiringi dengan upper body dan lower body melengkapkan sesuatu latihan bebanan itu. Latihan bebanan dimulakan dengan upper body dan seterusya lower body dan dilakukan secara selang seli. Khir sekali adalah core muscle iaitu teras badan di perut. Kebiasannya permulaan seorang atlit untuk melakukan latihan bebanan dengan memberi latihan stesen ke stesen untuk menyesuaikan anggota badan dengan bebanan yang akan dipikul nanti. Hal ini memakan masa selama 1 minggu ke 2 minggu untuk menyesuaikannya.
disamping itu setelah menyesuaikan, baru boleh masuk ke gim dan melakukan latihan bebanan. untuk permulaan iaitu AA phase iaitu anotomical adptation phase untuk permulaan. kebiasaanya dimulakan dengan 8 repetition x 3 sets. kemudian dari minggu ke minggu bebanan akan meningkat dan set makin berkurang.
physical fitness pula mengajar aku membuat test untuk spefikasi seperti test untuk kelajuan, ketangkasan, keseimbangan dan sebagainya. aku mempelajari physical fitness terbahagi kepada dua iaitu kemampuan fizikal( health related physical fitness) dan kemahiran fizikal( skill related physical fitness).. health related physical fitness mengandungi beberapa aspek iaitu cardiorespitory fitness,muscular endurance, muscular strength, flexibility and body composition. Skill related physical fitness terbhagi kepada bebrapa aspek iaitu power, speed, agility, balance, coordination and reaction time.
psychology pula aku mempelajari unutuk mengira doms and poms iaitu menilai prestasi seseorang atlet dan mood mereka. Dari situ kita dapat mengenal pasti upaya mereka kerana mood memainkan peranan penting untuk memberi mereka keyakinan samada sebelum, semasa dan selepas aktiviti yang dilakukan mereka.
Nutrition pula mempeljari tentang cara pemakanan yang betul dan sihat mengikut rutin mereka untuk memberi tenaga dan tumbesaran mereka dengan lebih baik. Selain itu mempelajari test untuk urine air kncing. tets itu boleh mengesan seseorang individu samada kurang air atau cukup air di dalam badan. hal ini untuk mengelakkan dari hydration iaitu masalah kekurangan air di dalam badan..

bermulanye tahun baru utk aku meneruskn sem bru nie....byk yg perlu dplajari utk mningktkn kptsn aku utk lbih baik....

alKisAh fInAL cAmp





Alhamdulilah kerana berjayanya final camp iaitu extremlyx camp 09..Program itu diadakan pada 14-20 haribulan 3.Kami menyiapkan persediaan pada seminggu sebelum pergi dan kami bertolak pada 13/2 pergi ke uitm Shah Alam.Tibanya disana kami tinggal di surau sana dan membantu pelajar uitm dan shah putra.Pelajar kami adalah yang terakhir sampai.Tujuan smua berkumpul di uitm Shah Alam adalah mempercepatkan kerja disamping mengeratkan hubungan antara satu kos yang sama yang berlainan tempat.Pada 14/3,kami tiba di Janda baik..Di situ bermulanya pelbagai aktiviti.Kem ini mempunyai aktiviti yang menarik seperti camp craft,rafting,abseling waterfall,mountain bike,low rope,survival dan kembara.Di dalam aktiviti ini mempunyai beberapa kumpulan yang sudah dibahagi.saya ditempatkan di kumpulan gunung Berinchang dan kumpulan besar adalah tasik Raban.Ahli kumpulan saya adalah amin,zella,iz,fazdril,rozy,fatin dan saya..Saya gembira mempunyai kumpulan ini kerana ada kerjasama setiap individu dalam kumpulan saya dengan pelbagai karakter dan sikap yang bagus.










Hari pertama kumpulan saya melakukan aktiviti camp craft dan mountain bike.Aktiviti camp craft mengajar kami merancang dan membina khemah sendiri dengan kerjasama kumpulan sendiri.Walaupun tanpa kayu yang kuat,kami menggunakan bahan yang lain utk dijadikan ganti kayu iaitu buluh.kami diberi tali kambing,parang,cangkul.kami menggunakan beberapa buluh untuk membina khemah dapur.kami membuat tanggam t di sudut buluh untuk mengikat di setiap sudut.kemudian membuat ukuran untuk membuat lubang manggunakan cangkul dan pengorek.kemudian setelah siap,kami memasukkan barang dapur.Aktiviti mountain bike pula mengajar kami tentang cabaran dan risiko yang harus dihadapi kerana aktiviti ini Nampak senang tetapi liku jalan yang harus dihadapi amat rumit dan banyak cabaran seperti kehidupan kita.








Hari kedua kami melakukan aktiviti low rope course.Aktiviti ini mempunyai 8elemen yang harus ditempuhi.Da posman walk,criss cross dan pelbagai lagi.Sebelum aktiviti itu dijalankan,saya sudah tahu serba sedikit utk memasang tali yang dikehendaki kerana saya adalah salah seorang yang pasangkan tali utk aktiviti tersebut.Hal ini memudahkan kami membuat kerja dengan berkongsi ilmu yang dipelajari.Aktiviti ini menunjukkan kerjasama antara ahli kumpulan saya yang membantu seorang kawan dari permulaan sehingga tamat tanpa jatuh dan kumpulan kami berani sahut cabaran en.syam utk jadi support zella dari mula smpai tamat tanpa jatuh.Hal ini menjelaskan kumpulan kami sanggup tanggung risiko cedera demi menyahut cabaran.Selepas itu kami melakukan aktiviti rafting.Aktiviti ini dibahagi dua kumpulan iaitu gunung korbu dan gunung berincang.Aktiviti ini memerlukan idea yang kreatif utk membuat rakit yang kukuh utk belayar.Aktiviti ini manggunakn beberapa batang buluh,tiub tayar dan tali.Kami diberi bebrapa minit uk menyiapkan tugasan.kami membuat rakit bentuk petak dan seerti tingkap.Cuma ada beberapa ikatan salah dan xcukup tali.Kedua kumpulan disuruh tukar rakit.semasa kami menaiki rakit korbu,mula-mula sudah terbenam buluhnya dan apabila kami berlayar,ikatan pada buluh tertanggal dan kami tidak berputus asa untuk menggerakkan rakit tersebut.Aktiviti ini mengajar kami utk menjaga dan menghargai barang orang lain.
Pada hari ketiga,kami melakukan aktiviti kembara dan setiap tempat ada checkpoint.Barang yang diberi pada kami adalah 2batang buluh,flysheet,telur dan biskut.Aktiviti ini amat mencabar fizikal dan mental utk mengharungi jalan,sungai dan cuaca yang panas.Walaupun ada yang jalan sambil tertidur,ada yang mempunyai kecederaan lutut semasa berlari tetapi disokong oleh kawan utk meneruskan jaln utk sampai ke tempat destinasi.Ativiti ini mengajar kami menjaga barang yang sudah diamanahkan,membantu orang lain,membantu kawan,pelajari merawat kawan yang cedera dengan alat yang diberi.Pada petang itu,kami melakukan aktiviti survival.kami ditempatkan di kawasan hutan.Kami diberi flysheet,5batang mancis,parang dan sedikit makanan.Kami bermalam selama 1 hari.kami menghidupkan api,mencari buluh,daun pisang,mencantas daun,dan mencari bebrapa bahan utk dijadakan tali.Aktiviti ini mengajar kami utk berdikari utk meneruskan hidup dengan bersumberkan barang yang diberi.Selain itu mengajar kami yakin pada rakan dan memahi setiap individu dengan bertukar-tukar idea,kisah hidup dan sebagainya.Dengan itu,kmi dapat mengenali rakan dengan lebih mendalam dan pelajari hidup susah..
Keesokan paginya,kami melakukan aktiviti waterfall abseiling.Akviti ini pertama kali kami melakukan dan sunggah mencabar..Aktiviti ini menguji ketahanan fizikal dan rohani.Kumpulan kami sendiri yang memasang tali utk aktiviti ini.kawan yakin pada kami utk memasang tali utk abseiling.Aktiviti ini telah menonjolkan keberanian setiap individu dan selepas melakukan aktiviti ini,mereka ingin melakukannya lagi kerana mencabar dan pengalaman yg sukar didapati. Kemudian semasa waktu malam,kami melakukan aktiviti treasure hunt..kami diberi klu yang berbentuk pantun dan da jawapan di setiap pantun.barang yang kami dapat adlah radio,da lawan pantun,mencari barang menggunakan kompas.Walaupun hujan lebat,kami tetap meneruskan perjuangan utk mencari barang dan akhirnya kami jumpa kacang dan biskut.Di sini kami pelajari kerjasma antara kumpulan,ketabahan dan ketekunan antara ahli kami.Keesokan paginya,kami berkumpul dan terus pergi ke kemah pusat utk makan dan akhirnya mengemas barang utk balik.kami tinggal beberapa hari di shah alam utk membantu pelajar uitm membersihkan barang.Pada pagi Ahad,kami pulang kembali ke johor dan tibanya kami di cafe pada petang tersebut. Inilah pengalaman kem yang xdapat saya ke lupakan kerana aktiviti yang menarik dan mencabar diri saya..saya berterima kasih pada pensyarah saya kerana membawa kami ke kem tersebut..Banyak yang kami pelajari di sana tentang kehidupan….

FINAL CAMP



Mentera Semerah Padi - M.Nasir

Abseiling


Aktiviti ini dijalankan di bukit yang berhmpiran dengan masjid bandar penawar. Kami mempelajari peralatan abseiling. terdapat beberapa peralatan abseiling seperti karabiner, helmet, hand glove, kernmenthal rope, figure of 8, seilink, harness. Setiap peralatan mempunyai kegunaan dan kelebihan. peralatan ini digunekan dalam pelbagai aktiviti. kami diberi peralatan ini dan kami yang memasangkan peralatan tersebit diiringin ajaran pensyarah kami, Encik Firdaus. Kami mengunakan running down dalam aktiviti abseiling ini. Aktiviti ini menunjukkan keberanian setiap individu dan sikap kerjasama dalam anggota kami. Aktiviti kami mengemas barang. Peralatan itu dihantar di kolej dan balik.